Monday 23 September 2019

REFEKSI DIRI MINGGU KEDUA DI USM

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.

Hari ini saya akan mengongsikan pengalaman saya di USM pada minggu yang kedua.

SUBJEK PSIKOLINGUISTIK



 

Gambar-gambar di atas merupakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Nak tahu apa tugasannya? Tugasannya ialah pelajar perlu menangkap gambar dan membuat lima jenis gaya yang berlainan di Dataran C24 serta kaitkan gambar tersebut dengan Psikolinguistik. 

Tugasan yang diberikan sangat 'rare' dan agak sukar untuk dikaitkan dengan Psikolinguistik. Bagi menjelaskan perkaitan tersebut dengan psikolingistik, terlebih dahulu kita sendiri perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan psikolinguistik? 

Psikolinguistik merupakan bidang antara disiplin psikologi dan linguistik. Psikologi adalah satu bidang yang menumpukan pengkajian kepada dua perkara utama iaitu berkaitan dengan jiwa manusia (akal budi) dan berkaitan perilaku atau tingkah laku manusia. Menurut Garnham (1985), Psikolinguistik ialah kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Menurut Simanjuntak (1980), psikolinguistik ialah cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan, iaitu proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang itu bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya. Oleh yang demikian, boleh kita ertikan bahawa psikolinguistik merupakan disiplin ilmu yang meneliti perkara-perkara  yang dikaji dalam ilmu linguistik dan psikologi.

Psikolinguistik dan pengajaran bahasa memang tidak dapat dipisahkan, kerana skop atau tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa dan pembelajaran dan pengajaran bahasa. Psikolinguistik adalah sains inter disiplin yang lahir daripada hasil percantuman dua disiplin sains-psikologi dan linguistik. Istilah ini telah tercipta setelah adanya pertemuan-petemuan oleh beberapa orang pakar dalam bidang psikologi dan linguistik yang masing-masing cuba mencari dan menentukan hubungan antara kedua-dua sains ini. 

Ahli-ahli psikologi telah lama menerima kenyataan bahawa otak manusia bergerak berdasarkan simbol-simbol linguistik. Ahli-ahli linguistik pula mengakui kewujudan satu alat di dalam otak manusia yang dikenali sebagai motor psikososial yang menggerakkan jentera tatabahasa dan leksikon. Ahli-ahli bahasa cuba mengkaji bagaimana otak manusia dapat memproses bahasa dan mampu menerbitkan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang tidak terhingga banyaknya. Mengikut ahli psikologi tumpuan utama psikologi ialah usaha untuk mengetahui proses-proses yang berlaku apabila seseorang itu menghasilkan dan memahami ujaran dan bagaimana pula kebolehan ini diperoleh.



No comments:

Post a Comment

REFEKSI DIRI MINGGU KEDUA DI USM

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera. Hari ini saya akan mengongsikan pengalaman saya di USM pada minggu yang kedua. SUBJEK PSIKO...