CERPEN- PENGALAMAN
BARU
PENULIS- ASHIKIN
ZAMBRY
“Birah! Ros!” Ashikin menjerit memanggil nama
kawan-kawannya itu daripada jauh. Birah dan Ros berjalan menuju ke arah Ashikin
yang sedang menunggu di perhentian bas berhadapan dengan bangunan Sains
Kemasyarakatan.
“Hai Ikin.” Ros
menyapa Ashikin.
“Jom pergi kelas
sekali. Dari tadi aku tunggu korang kat sini. Aku tak tahu makmal bahasa 1 kat
mana.” Kata Ashikin dengan raut wajah yang sedih.
“Cik Ikin oi,
pagi-pagi ni jangan buat muka sedih, cuba ceria sikit. Kita masuk kelas tak
lagi, hang dah buat muka muncung.” Birah menyakat Ashikin.
“Jom masuk kelas,
nanti lambat pula.” Ujar Ros. “Hari pertama jangan nak tunjuk belang masuk
lewat ke kelas.” Ros memerli Birah dan Ikin.
Ashikin dan
kawan-kawannya itu menuju masuk ke makmal bahasa 1. “Nampaknya, banyak juga
rupa yang aku kenal ambil major bahasa Melayu ni.” Syikin berbisik dalam hati.
Jumlah pelajar Ilmu Kemanusiaan yang mengambil major bahasa Melayu adalah
seramai 24 orang. Jumlah yang paling sedikit pada sidang 2017/2018 ini.
“Pergh, Firdaus Yusof pun ambil major bahasa
Melayu, aku ingatkan dia nak ambil major Geografi. Tunggu sekejap!” Ikin
tiba-tiba berhenti. Ros dan Birah menuju ke tempat duduk tanpa menghiraukan
Syikin yang banyak ragam itu. “Itu bukan Farizzul ke? Budak dekan dengan aku semester
lepas. Wow, dia pun ambil major bahasa Melayu, tak sangka betul! Nampak gayanya
dia pesaing aku dalam kelas ni. Aih kenapa lah aku perlu bersaing dengan dia
dan kenapa la dia perlu ambil major bahasa Melayu? Ashikin masih berbisik dalam
hati.
“Oi Cik Ikin, buat
apa berdiri tercegat di depan tu? Tempat duduk banyak kat sini, yang nak
berdiri di situ buat apa?” Birah menyakat Ashikin.
“Assalamualaikum
anakanda semua.” Seorang pensyarah wanita yang berpakaian t-shirt dan berkasut
sneakers menuju masuk ke kelas. “Baiklah ini merupakan kelas bagi subjek HMT
213 iaitu komunikasi lisan. Nama saya Dr. Radiah atau kamu semua boleh panggil
saya Dr. Odi.” Dr. Odi memperkenalkan diri beliau sambil mengedipkan matanya.
“Wah, aku tengok
Dr. Odi ini jenis orang yang santai kan! Tak pernah aku nampak pensyarah yang
aktif dan suka bergurau macam ini.” Syikin berbisik kepada Birah dan Ros.
“Itulah, aku pun
perhati ja dari tadi. Dr. ni sempoi gila kan dan “sporting” pula tu.” Kata Ros.
“Mengapa saya
lihat kamu semua ini diam dan kelihatan pasif sahaja?” tanya Dr. Odi kepada
pelajar-pelajarnya.
“Ini adalah kelas
komunikasi lisan. Jadi kamu semua perlu aktif dalam komunikasi, jangan diam
sahaja.” Kata Dr. Odi. “Disebabkan kamu semua ini terlalu pasif, jadi tugasan
kamu semua ialah kamu dikehendaki untuk bercakap dengan pokok yang berada di
sekitar USM ini. Pastikan pokok yang anda pilih tidak boleh sama dengan
rakan-rakan kamu yang lain. Durasi video ini adalah selama satu minit, tidak
boleh lebih dan tidak boleh kurang. Setelah itu, muat naik video tersebut di ‘facebook
group’ HMT213.” Dr. Odi mengarah pelajar-pelajarnya untuk melaksanakan tugasan
yang diberi.
Kelas menjadi riuh-rendah
akibat terkejut mendengar tugasan pelik yang diberikan oleh Dr. Radiah.
“Dr., tugasan ini
perlu hantar bila?” tanya Firdaus kepada Dr. Odi.
“Sebelum 12 tengah
malam hari ini.” Jawab Dr. Odi.
“Ermm, nak diam
sangat dalam kelas. Akhirnya kita semua kena bercakap dengan pokok. Tak pernah
aku sembang dengan pokok ni. Tiba-tiba rasa jadi orang gila sekejap.” Syikin
merungut kepada kawan-kawannya.
Tugasan yang
diberikan oleh Dr. Odi adalah pengalaman baru bagi Ashikin. Sungguhpun tugasan
itu sangat pelik, tetapi ternyata ia berkesan untuk meningkatkan kemahiran
komunikasi Ashikin dalam kelas. Bukan hanya Ashikin sahaja malah, rakan-rakannya
juga semakin aktif dalam kelas. Walaupun bercakap dengan pokok kelihatan gila,
tetapi ia agak menyeronokkan kerana mereka dapat meluahkan masalah yang
terpendam dalam diri. Sungguhpun perkara tersebut tidak dapat menyelesaikan
masalah mereka sedikitpun tetapi sekurang-kurangnya tekanan mereka dapat
dikurangkan. Apabila tekanan atau stres berkurang, pelajar dapat memikirkan
jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang mereka hadapi dengan lebih jelas.
**********************
“Wahai kawan-kawan
yang Mal kasihi dan lagi Mal sayangi, Dr. Odi mesej, katanya beliau lambat
sedikit. Jadi, Dr. minta wakil seorang daripada kita untuk mengambil kunci
makmal bahasa di pusat sumber.” Mal menyampaikan mesej yang diterimanya kepada
kawan-kawan. Mal merupakan seorang pelajar yang aktif dalam Majlis Perwakilan
Pelajar Universiti Sains Malaysia. Bukan itu sahaja, perwatakannya yang ceria
dan suka berceloteh selalu membangkitkan suasana yang suram di dalam kelas.
“Saya nak tanya
sikit, tugasan Dr. Odi beri semalam semua dah siap ke? Tanya Asmah kepada
kawan-kawannya.
“Dah.” Semua
menjawabnya dengan serentak.
Tiba-tiba Dr. Odi
melangkah masuk ke dalam kelas. “Baiklah seperti biasa sebelum kita mulakan
kuliah pada hari ini, mari kita mulakan dengan selawat nabi dan ummul kitab”.
Kata Dr. Odi.
“Dr. Odi lepas ini
tugasan apa pula yang Dr. Odi nak beri?” Mal menyakat Dr. Odi.
Semua ketawa selepas
mendengar pertanyaan Mal itu.
“Tugasan jangan
susah-susah Dr. Odi.” Ujar syikin dengan nada manja.
“Tugasan ini tidak
susah. Senior kamu pernah buat dan ini merupakan tugasan wajib dalam kursus
ini. Kalau senior kamu dapat tahu kamu tidak melakukan tugasan ini seperti mereka,
saya akan dianggap tidak adil.” Jelas Dr. Odi kepada pelajar-pelajarnya itu.
“Serius bunyinya
tu. Tertanya-tanya pula saya”. Kata Firdaus Yusof.
“Lain macam ja
bunyinya tu Dr. Odi.” Ujar Syikin dengan reaksi muka yang tidak sabar mendengar
tugasan yang bakal diberi oleh Dr. Odi
“Baiklah
tugasannya adalah pelajar lelaki dikehendaki untuk mengambil gambar di tesco
sambil memegang pakaian dalam wanita dan begitu juga dengan pelajar perempuan
dikehendaki untuk mengambil gambar sambil memegang pakaian dalam lelaki.
Kemudian muat naik dalam ‘FB group’ HMT 213’.” Dr. Odi menjelaskan tugasan yang
perlu dilakukan oleh pelajar-pelajarnya itu.
“Allahu, Dr. Odi
tugasan apakah ini? Kenapa perlu pegang pakaian dalam lelaki pula?” tanya Birah
kepada Dr. Odi dengan nada yang sebak.
“Hahahahaha.” Firdaus
Yusof hanya mampu ketawa dan tidak boleh berkata apa-apa apabila mendengar
tugasan yang diberikan oleh Dr. Odi itu.
“Wajib kena pegang
ke Dr.?” tanya Aiman kepada Dr. Odi. Aiman merupakan salah seorang Qari dalam
kelas tersebut.
“Saya beri tugasan
ini bukannya saja-saja dan bukan juga untuk memalukan kamu. Saya buat semua ini
ada sebabnya. Kamu semua perlu melaksanakan tugasan ini terlebih dahulu,
kemudian saya akan memberitahu sebab mengapa saya menyuruh kamu melakukan hal
yang sedemikian? Sebelum saya memberitahu apa sebabnya, saya hendak kamu fikir
sendiri apakah objektif saya menyuruh kamu melakukan tugasan ini?” jelas Dr.
Odi.
Selepas kelas
berakhir, Ashikin dan kawan-kawan berbincang mengenai tugasan yang diberi oleh
Dr. Odi sebentar tadi. Ashikin membuat keputusan untuk pergi secara rombongan
ke tesco untuk mengelakkan rasa malu. Keputusan yang dibuat mendapat
persetujuan ramai.
“Walaupun malu,
kita berjaya juga siapkan tugasan Dr. Odi yang pelik ni kan. Tiba-tiba rasa
ketagih nak bergambar dengan seluar dalam lagi.” Ikin bergurau dengan
rakan-rakannya.
“Ikin, jangan gila
sangat. Ermm, difikir-fikir apakah motif Dr. Odi suruh kita buat macam ni eh?”
tanya Ros.
“Aku pun tiada
idea la nak menjawab pertanyaan hang Ros”. Jawab Birah yang sedang kebingungan
itu.
“Aku perasan sejak
masuk semester 3 ni dan sejak kita kenal Dr. Odi banyak perkara baru yang kita
belajar kan. Kita melakukan perkara yang tak pernah kita buat sebelum ini.
Korang perasan tak?” tanya Ashikin kepada kawan-kawannya.
“Perasan. Semua ni
merupakan pengalaman baru kita. Mungkin ada hikmahnya mengapa Allah tetapkan
kita dalam major bahasa Melayu ini?” jelas Asmah.
*******************
“Bagaimana? Adakah
kamu semua sudah mendapat jawapan berkenaan dengan tugasan yang saya beri
semalam? Apakah sebab saya menyuruh kamu semua melakukan hal yang sedemikian?”
tanya Dr. Radiah.
“Pada pendapat
saya, mungkin dengan cara ini kami dapat mengatasi perasaan malu apabila
berhadapan dengan khalayak ramai.” jawab Ashikin dengan penuh teragak-agak.
“Sebenarnya, saya
menyuruh kamu semua melakukan semua ini kerana saya mempunyai pengalaman iaitu
ketika arwah ayah saya terpaksa dibawa ke hospital dan pada ketika itu saya
sedang bertugas di luar. Jadi saya mendapat panggilan daripada ibu saya. Ibu
saya menyuruh saya melihat keadaan ayah saya di hospital dan membawa barang
keperluannya. Ibu saya mempunyai masalah sedikit seperti trauma untuk datang ke
hospital. Pada ketika itu saya berada di luar, jadi saya terpaksa pergi ke
pasar raya untuk membeli pakaian dalam ayah saya. Pada ketika saya tidak tahu
saiz pakaian dalam ayah saya. Jadi saya buntu untuk memilih saiz. Perasaan malu
memang tidak ada pada waktu itu sebab saya pun hendak cepat. Jadi saya pun
belilah pakaian dalam untuk ayah saya dan saya sangat bersyukur kerana arwah ayah
saya jenis tidak merungut, jadi dia pakai apa-apa sahaja yang saya belikan.
Kesimpulannya, saya menyuruh kamu semua melakukan ini sebagai persediaan jika
terjadi apa-apa pada keluarga kamu suatu hari nanti. Suatu hari kamu juga akan
merasakan berada di tempat saya. Jika hari itu datang, adakah kamu tahu saiz
pakaian dalam ibu bapa kamu? Jika berlaku kecemasan, bagaimana kamu hendak sediakan
keperluan mereka jika kamu tidak tahu dan memiliki perasaan malu untuk
membelinya? Jelas Dr. Odi.
Tiba-tiba suasana
di dalam kelas berubah menjadi sayu. Cerita Dr. Odi itu membuatkan Ashikin
terkenangkan arwah ayahnya dahulu yang berada di hospital. Walaupun tugasan
yang diberikan oleh Dr. Odi agak pelik tetapi ia memberi pengajaran yang
bermakna kepada pelajar-pelajarnya.
******************
“Ampa
lepas ni pergi mana?” tanya Ashikin kepada Adila dan Shamin.
“Kami
nak pergi makan ni.” jawab Adila.
“Eemm
tak pa la pergi dulu. Aku ada hal kat foyer ni”. Balas Ashikin.
“Ok
bye. Jumpa esok” Ujar Shamin.
Ashikin
berjalan sendirian di foyer yang berdekatan dengan Perpustakaan Hamzah Sendut
1. Sambil Ashikin berjalan, tiba-tiba dia berhenti di hadapan booth pelajar-pelajar
cina yang berada di foyer tersebut. Di booth tersebut, pelajar cina sedang
melakukan aktiviti iaitu mengukir kaligrafi peribahasa cina.
“Macam
menarik ja. Aku teringin nak mencubanya. Selalu aku tengok dalam TV ja mereka
ukir dengan memakai berus itu. Aku ingin mencuba sekali dalam seumur hidup aku
mengukir dengan memakai berus itu. Ramai yang cakap susah dan perlukan
kemahiran yang tinggi untuk membuat kaligrafi” Ikin berbicara di dalam hati.
“Tidak mengapalah aku tetap hendak mencuba, bak kata Dr.Odi kita perlu
‘explore’ sesuatu yang baharu.” Ashikin tetapkan pendiriannya untuk mencuba
mengukir kaligrafi peribahasa cina itu.
“Hello,
saya ingin mencuba mengukir kaligrafi ini boleh?” Ashikin mendekati pelajar
cina yang menjaga booth tersebut.
“Hai,
boleh. Awak perlu bayar RM2 terlebih dahulu.” Kata pelajar cina itu.
Ashikin
menghulurkan wang kepada pelajar cina itu.
“Bolehkah
saya tahu, kaligrafi cina ini berkenaan dengan apa?” tanya Ikin kepada pelajar
cina itu sambil mengukir kaligrafi tersebut di atas kertas yang disediakan.
“Kaligrafi
peribahasa cina ini bertemakan tentang rindu”. Jelas pelajar cina itu.
“Rindu.
Wah!” Ikin tertarik dengan tema yang diucapkan oleh gadis cina itu.
“Boleh
saya tahu apakah maksud peribahasa cina yang sedang saya ukir ini?” tanya
Ashikin dengan riak wajah yang ingin tahu maksud peribahasa tersebut dengan
lebih mendalam.
“Peribahasa
ini menceritakan tentang kerinduan seseorang. Sehari tidak berjumpa ibarat 3
musim. Seseorang akan mengukirkan kerinduan mereka pada tulang dan hati mereka.
Apabila melihat sang bulan, membuatkan seseorang itu terkenang kepada insan
dicintai yang berada jauh beribu-ribu batu.” Jelas gadis cina itu.
“Wah,
indahnya peribahasa ini.” Balas Ashikin.
Ashikin
gembira meluangkan masanya dengan melakukan perkara yang tidak pernah
dilakukannya sebelum ini.
“Ternyata
mengukir kaligrafi ini agak susah, tetapi ia menyeronokkan.” Kata Ashikin.
“Ia
benar. Saya sendiri juga tidak mahir dalam mengukir kaligrafi ini. Terima kasih
kerana mencubanya.” Gadis itu membalas pernyataan Ashikin dengan nada yang
lemah lembut dan sopan.
****************
TAMAT