CERPEN- POPULARNYA
AKU
Penulis- Ashikin
Zambry
“Ring….! Ring…..!”
Jam loceng berdering. Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi.
“Syikin bangun!
Bangun cepat, nanti kita lambat turun roll call!” Jerit Sakinah sambil mengejut
Ashikin kawan sebiliknya itu.
Ashikin dan Sakinah
merupakan pelajar Universiti Sains Malaysia. Mereka berdua bergiat aktif dalam
Angkatan Pertahanan Awam atau lebih dikenali sebagai SISPA USM. Namun begitu,
mereka berdua mempunyai perbezaannya iaitu dari segi pemilihan major. Sakinah memilih
untuk meneruskan pelajarannya dengan bermajorkan geografi manakala Ashikin
bermajorkan bahasa Melayu.
“Aihh, aku paling
tak suka hari rabu. Pagi-pagi buta dah kena turun roll call di Padang Kawad ni.”
Syikin merungut.
“Kau ni, kalau
malas sangat ‘drop’ sahaja SISPA. Aku pun tak perlu sakitkan anak tekak aku
untuk kejutkan kau yang susah bangun ni tiap-tiap pagi.” Sakinah menyakat
Ashikin. Sakinah mengetahui bahawa sahabat baiknya itu terpaksa menyertai SISPA
hanya kerana untuk mendapatkan desasiswa bukan kerana minat.
“Untungnya aku,
memiliki sahabat yang terlebih jujur macam kau ni.” Syikin menyakat kawannya
semula.
Setelah selesai
roll call pagi, Ashikin bergegas pergi ke kelas. Sepanjang semester 3 ini,
jadual Ashikin penuh dengan kelas pagi sahaja. Jadi sebagai seorang ratu tidur
(gelaran yang diberi kepada Ashikin di
kampung) Ashikin tidak mempunyai masa untuk beradu.
******************
Jam
menunjukkan pada pukul 7:15 pagi.
“Awal
pula aku datang ke kelas hari ni.” Ashikin membebel seorang diri. Keadaan
persekitaran di makmal bahasa sunyi sepi. Ashikin duduk bersila di hadapan
makmal bahasa tersebut sambil menunggu kehadiran rakan-rakannya yang lain.
Selang beberapa minit, muncul seseorang yang dinanti-nanti iaitu Dr. Odi
pensyarah bagi subjek HMT213 Komunikasi Lisan.
“Syikin.
Awalnya kamu sampai.” Dr. Odi menegur Syikin yang sedang menunggu keseorangan
di situ.
“Saya
awal sebab saya ada roll call pagi hari ni.”Ikin menjawab pertanyaan Dr.Odi.
“Jadi
disebabkan kamu dan saya terlebih awal hari ini, jom kita pergi makan di Restoran
Subaidah. Kita pi pekena roti canai dengan teh tarik. Saya lapar la. Penat saya
‘drive’ dari Taiping ke Penang.” Dr. Odi mengajak Ashikin makan bersamanya
dengan rungutan yang manja.
Ashikin
dan Dr.Odi menuju ke Restoran Subaidah yang berdekatan dengan makmal bahasa
tersebut.
“Syikin,
awak nak makan apa? Saya belanja awak hari ini.” Tanya Dr.Odi kepada pelajarnya
itu.
“Roti
canai dengan teh panas je la.” Balas Ashikin.
Sambil
menunggu kawan-kawannya yang lain, Ashikin meluangkan masa dengan pensyarahnya
itu. Ashikin berasa terharu dan gembira dapat meluangkan masa bersama dengan
pensyarahnya. Selama setahun dia belajar di Universiti Sains Malaysia, belum
pernah sekali pun dia rapat dengan pensyarah apatah lagi makan berdua. Ini
merupakan kenangan pertamanya sepanjang dia belajar di Universiti Sains
Malaysia. Dr. Radiah atau dikenali sebagai Dr.Odi merupakan seorang pensyarah
yang berperwatakan ceria dan santai sehingga membuatkan pelajar-pelajarnya
gemar untuk mendekatinya dan ingin mengetahui tentang dirinya dengan lebih
mendalam.
“Syikin,
jom kita berswafoto dan masukkan gambar kita ke dalam ‘whatsapp group’. Kita
tunjukkan situasi kita kepada mereka yang datang lambat itu.” Kata Dr. Odi. Dr.
Odi suka bergurau dan menyakat pelajar-pelajarnya. Antara pelajar yang suka
disakatnya tiap-tiap hari adalah Ashikin.
“Jom-jom.
Dr.Odi ni kelakar la.” Balas Ashikin yang menerima ajakan pensyarahnya itu
untuk berswafoto.
Kemudian
Ashikin memuat naik gambar tersebut ke dalam ‘whatsapps group’.
“Dr.
Odi mereka semua dah sampai di makmal bahasa”. Ashikin memberitahu Dr.Odi
setelah mendapat tahu rakan-rakannya yang lain menunggu kehadiran mereka
berdua.
“Jom-jom”.
Sahut Dr.odi.
*******************
“Assalamualaikum
anakanda semua. Semua hadir ka? Siapakah yang tidak hadir pada hari ini? Tanya
Dr. Odi kepada pelajar-pelajarnya.
“Semua
hadir Dr.Odi”. Semua menjawabnya dengan serentak.
“Baiklah,
sebelum kita mulakan kelas kita pada hari ini, mari kita mulakan dengan selawat
Nabi dan ummul kitab.” Jelas Dr.Odi.
“Adakah
kamu semua sudah melengkapkan fail kursus untuk Jilid 1?” tanya Dr.Odi.
“Sudah”.
Azizah menjawab pertanyaan pensyarahnya itu.
“Jika
semua sudah lengkap, sila hantarkan fail kamu semua di hadapan meja saya”.
Dr.Odi mengarah pelajar-pelajarnya dengan nada yang lembut.
“Farizzul,
selama ini saya perhatikan kamu sahaja. Mengapa kamu suka mendiamkan diri?”
Tanya Dr.Odi kepada salah seorang pelajarnya yang sering tampak pendiam di
dalam kelas.
“Mana
ada Dr. Odi, dia nampak je pendiam tapi dia diam-diam ubi berisi. Sekali dia
bersuara habis bernanah telinga.” Syikin menyampuk.
“Aih
Syikin, nampak gayanya kamu ni memahami betul sikap Farizzul. Terima kasih
kerana kamu telah memberi ilham kepada saya?” Dr. Odi menyakat Ashikin.
Tiba-tiba
kelas menjadi riuh-rendah. Kawan sekelas memerhati Ashikin yang telah
menyumbang ilham kepada Dr. Odi. Ilham Dr.Odi merupakan tugasan yang besar yang
perlu dipikul oleh pelajar-pelajarnya. Setiap ilham yang dilontarkan akan
menjurus pelajar membuat perkara yang belum pernah dilakukan oleh mereka
sebelum ini.
“Baiklah,
ini merupakan tugasan satu kelas. Kamu semua dikehendaki untuk membuat sebuah
drama pendek dan watak utamanya ialah Farizzul dan Syikin.” Jelas Dr.Odi.
“Alamak,
Dr. Odi jangan buat saya macam ni, saya tak pandai nak berlakon drama cinta-cinta
ni.”Ashikin merayu supaya Dr.Odi menarik semula tugasan yang telah beliau
berikan.
“Dr.
Odi yang kusayang Farrizul tak sesuai memegang watak seperti ini, dia kekok dan
watak ini tak kena gayanya.” Birah menyampuk perbualan Ashikin dengan Dr.Odi.
“Aihh,
Birah juga memahami Farizzul. Rupanya ada cinta tiga segi dalam kelas ini.” Dr.
Odi menyakat Birah. “Baiklah, pembetulan bagi tugasan tadi, kamu semua
dikehendaki untuk membuat sebuah drama pendek dan watak utamanya ialah Syikin,
Farizzul dan Birah.” Dr. Odi menambah semula arahannya.
“Ya
Allah, Dr. Odi kenapa saya pula yang kena?” Tanya Birah
“Dah
kamu juga memahami Farrizul”. Dr. Odi menyakat Birah lagi.
“Dr.
Odi sebenarnya saya hanyalah orang ketiga di antara Birah dan Zul.”Ashikin
memberi penjelasan kepada Dr. Odi.
“Saya
tidak kisah siapakah yang akan menjadi milik Zul, yang pastinya kamu semua
perlu hasilkan sebuah drama pendek. Ini adalah tugasan satu kelas jangan kamu
semua abaikan tugasan ini pula, apabila saya tuju kepada mereka bertiga sahaja,
faham. Kemudian muat naik video ini di Youtube”. Dr. Odi menekankan semula
tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar-pelajarnya.
Zul
memerhati Ashikin dengan renungan yang tajam. Kelas menjadi riuh-rendah
disebabkan oleh Ashikin yang memberi ilham kepada Dr. Odi.
“Jangan
pandang aku macam tu.” Kata Ashikin dengan nada yang penuh rasa bersalah
apabila Zul memerhati Ashikin dengan renungan seperti haiwan yang sedang
mencari mangsanya.
***************
“Syikin,
kau nak pergi mana pagi-pagi ni? Tanya Sakinah. “Hari cuti pun bangun pagi. Tiada
beza langsung hari cuti dengan hari tak cuti. Betul la orang kata major bahasa
Melayu ni tiada ‘life’. Kesian betul ‘roomate’ aku sorang ni”. Sakinah mula
menyakat Ashikin.
“Kau
ni, sehari kalau tak menyakitkan hati aku memang tidak sah kan. For your information, roommate kau ni
dah jadi artis memang tiada masa la nak duduk dalam bilik, jadual padat dengan shooting ja.” Balas Ashikin dengan
gayanya yang gedik kerana terlalu sakit hati dengan Sakinah yang suka
menyakatnya.
“Wah,
kawan aku jadi artis. Makin popular la kau lepas ni. Erm tapi aku nak tahu juga
la watak apa yang kau pegang? Kejap-kejap, sebelum kau jawab soalan aku tu biar
aku teka terlebih dahulu watak apa yang sesuai dengan kau ni?”
Watak
apa yang sesuai dengan aku?” Tanya Ashikin yang rasa ingin tahu jawapan
daripada Sakinah.
“Dari
segi penampilan kau, aku rasa kau layak pegang watak mak cik ‘cleaner’ dan
watak pembantu rumah. Watak tu ja yang sesuai dengan kau.” Jawab Sakinah.
Ashikin terus menarik muka setelah mendengar jawapan yang tidak ingin
didengarinya. Sakinah ketawa apabila melihat reaksi Ashikin yang tidak berpuas
hati dengan jawapan yang diberi.
“Kurang
asam kau, macam ni ka ‘member’. Bukannya nak sokong aku, menganjing aku kot
atas ada la.” Ashikin merajuk sambil membaling bantal miliknya ke arah Sakinah.
“Ala
aku bergurau je la. Aku bangga dapat kawan yang berbakat macam kau ni. Lepas ni
dah popular jangan lupa aku sudah la.” Sakinah memujuk Ashikin yang sedang
merajuk.
“Popular
la sangat. Gaya kau cakap macam aku berlakon dalam drama tv3 ja, aku berlakon untuk
laksanakan tugasan aku ja pun. Aku dah la tak reti berlakon. Jom aku dah lambat
ni.” Ujar Ashikin.
“Hati-hati.
Jatuh bangun sendiri.” Sakinah masih menyakat kawan baiknya itu.
*************
Pelajar-pelajar
kursus HMT 213 Komunikasi Lisan berkumpul di Astaka Padang Kawad untuk
membincangkan tentang penghasilan drama pendek.
“Kita
nak buat cerita mengenai apa?” Ros melontarkan pertanyaannya kepada kawan-kawannya
yang berada di situ.
“Dr.
suruh kita buat drama cinta tiga segi kan.” Kata Mal yang mengimbas kembali
tugasan yang diberikan oleh Dr.Odi.
“Ya,
kita perlu buat drama cinta 3 segi. Kita perlu fikirkan idea yang bernas untuk
menghasilkan sebuah drama yang hebat supaya penonton menjadi lebih tertarik
untuk melihat drama kita ini.” Kata Birah yang bersemangat untuk menghasilkan
drama yang mantap.
“Mana
Ashikin ni?” tanya Ros yang sedang mencari Ashikin dari tadi.
“Maaf
korang aku lambat. Ada hal yang perlu diuruskan tadi.” Kata Ashikin dengan
suara yang rendah kerana dia rasa bersalah membuat kawan-kawannya menunggu.
“Dah
ada tajuk ke untuk drama kita ni?” kata Ashikin.
“Jalan
cerita pun tak tahu, ni kan pula nak ada tajuk.” Jawab Firdaus Yusof dengan
nada yang tinggi.
“Ala
tanya ja pun. Jangan la marah” Ashikin membalasnya dengan nada yang tidak
berpuas hati.
Hubungan
antara Ashikin dan Firdaus Yusof bagaikan anjing dan kucing. Pantang berjumpa
pasti ada sahaja perkara yang akan membuatkan mereka berdua ini bergaduh.
“Apa
kata kita buat seperti filem Hindustan berkenaan dengan sahabat dan cinta
tetapi kita olah sedikit cerita dia tu, ok tak?” Ashikin memberitahu
pendapatnya.
“Filem
Hindustan yang mana?” Tanya Shima.
“Ala
cerita Hritik Roshan tu, apa nama filem dia?” Ashikin berusaha mengingat semula
nama filem yang dikemukakannya sebentar tadi.
“Mujhse
Dosti Karoge, betul tak?” Syida membantu Ashikin yang sedang kebingungan
mencari jawapan yang belum ditemui.
“Ha’a
betul tu. Filem tu la. Terima kasih Syida kerana membantu. Layan juga Syida
filem Hindustan.” Kata Ashikin.
“Boleh
juga tu. Apabila aku dengar pendapat kau tu, aku tiba-tiba ada idea untuk
meletakkan tajuk pada drama pendek kita ni.” Adila tiba-tiba bersuara.
“Apa
tajuknya?” tanya Birah yang tidak sabar mendengar tajuk yang bakal dicadangkan
oleh Adila.
“Tajuknya
ialah Dia Sahabat Dia Cinta.” Adila memberi jawapannya.
“Wah,
menarik juga nama tajuk ini.” Ros tertarik dengan tajuk yang dicadangkan oleh
Adila itu.
“Apa
kata kita letak tajuk Cik Silat Isteriku?” Firdaus Yusof tiba-tiba memberi
cadangan. Tetapi sayang cadangannya itu tidak diterima oleh semua orang.
Ashikin ketawa apabila melihat reaksi Firdaus apabila diabaikan oleh
kawan-kawan. Firdaus kelihatan syok sendiri. Kemarahan Firdaus membuak-buak
apabila melihat Ashikin mentertawakannya. Riak wajah Firdaus yang marah itu
tidak diendahkan langsung oleh Ashikin.
“Birah
disebabkan hang pun watak utama dalam drama ini, aku cadangkan hang jadi
pengarah filem. Sebelum ini, dalam video ‘Karenah Seorang Pelajar’ aku dah
pegang jawatan sebagai pengarah. Jadi untuk drama ini hang pula jadi pengarah.
Jangan risau aku akan membantu hang. Skrip kita fikir sama-sama.” Ashikin
melantik Birah sebagai pengarah filem bagi drama pendek Dia Sahabat Dia Cinta.
***************
Proses membuat filem ini memakan selama 2 minggu. Pada awalnya, mereka
ini tidak tahu berlakon tetapi pada akhirnya mereka berjaya menghasilkan drama
cinta yang hebat
“Akhirnya siap juga drama kita ni kan. Aku rasa bangga dengan diri aku
sebab sebelum ini aku rasa aku tidak mampu tetapi ternyata aku mampu. Aku
tiba-tiba rasa minat untuk menjadi seorang pelakon yang terkenal.” Kata Ashikin
dengan bersemangat.
“Hang seronok la, sebab ada orang puji hang berjaya memegang watak
antagonis yang hebat.” Kata Ros kepada Ashikin yang sedang bergembira itu.
“Ros, kadang-kadang kita ni boleh bangkit kerana pujian orang.
Tambah-tambah lagi Ustaz Farid puji lakonan aku, lagi 100 peratus aku bersemangat.
Ini kerana pujian mereka tu bagaikan pembakar semangat aku untuk berkecimpung
dalam bidang lakonan ini. Kalau hinaan sekalipun yang aku dapat, aku akan
mengubah kesilapan aku dan aku akan cuba untuk bangkit sendiri.” Ujar Ashikin
dengan panjang lebar.
Gaya Ashikin yang gedik itu terselah apabila menyebut nama Ustaz Farid
sehingga membuatkan Birah, Ros dan Adila rasa menyampah. Ustaz Farid merupakan
pensyarah bagi kursus pengajian Islam. Beliau mempunyai perwatakan yang baik
dan jujur. Tambahan pula, Ustaz Farid adalah seorang pensyarah yang kacak dan
mempunyai senyuman yang manis sehingga mampu mencairkan hati pelajar perempuan
di USM.
“Korang perlu berterima kasih kepada aku juga. Kalau bukan disebabkan
kamera aku, drama kita ni tidak akan berjaya dihasilkan dengan baik dan
cantik.” Kata Adila yang ingin dirinya juga turut dipuji.
“Ye la cik Adila. Kau memang penyunting yang hebat.” Birah memuji Adila.
“Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada pengarah kita iaitu Birah
kerana dapat menghasilkan jalan cerita yang menarik. Bukan itu sahaja, aku pun
tak percaya drama kita mempunyai jumlah penonton yang ramai sehingga hampir
mencecah 2k ‘views’.” Kata Ashikin.
“Terima kasih cik Ashikin. Tapi korang jangan lupa drama ini bukan
terhasil kerana kita sahaja, kawan-kawan sekelas kita juga turut menyumbang
tenaga dan idea mereka dalam drama ini. Kalau tiada mereka, tidak sempurna juga
drama kita ini.” Birah nasihat kawan-kawannya itu.
“Aku tak sangka Zul pandai juga berlakon. Aku nak tergelak apabila
melihat drama tu semula ketika Zul marah hang Ikin. Sanggup Zul marah sahabat
dia hanya kerana cinta.” Kata Ros sambil ketawa apabila mengingat semula drama
Dia Sahabat Dia Cinta.
****************
Ashikin
berjalan menuju ke cafe siswa untuk mencari makanan. Ashikin membeli nasi lemak dan air mineral.
Dia duduk bersendirian di meja bahagian belakang. Kawan-kawannya yang lain
belum sampai kerana kebanyakan daripada mereka tinggal di luar USM dan
berkenderaan sendiri. Mulanya semester 3 ini, Syikin banyak menghabiskan
waktunya dengan bersendirian. Dahulunya, Ashikin dan kawan-kawan pergi ke kelas
bersama-sama dengan menaiki bas tetapi sekarang tidak lagi. Ashikin menikmati
sarapan paginya itu, tiba-tiba dua orang perempuan datang mendekatinya.
“Tumpang
tanya, awak ke yang berlakon dalam drama Dia Sahabat Dia Cinta yang memegang
watak antagonis tu” tanya perempuan itu kepada Ashikin.
Ashikin
kebingungan kerana dia tidak mengenali perempuan itu.
“Ya
saya. Errrmm kenapa ya?” tanya Ashikin dengan perasaan was-was dengan kehadiran
perempuan itu.
“Ouh
jadi betul la, saya ingatkan saya salah orang. Saya ada menonton drama awak itu
di Youtube. Saya suka cara awak curahkan air kepada kawan awak. Nampaklah awak
berjaya memegang watak jahat itu.” kata perempuan itu sambil menceritakan
semula kisah yang berlaku dalam drama Dia Sahabat Dia Cinta.
“Terima
kasih kerana menontonnya. Lagipun banyak lagi yang saya perlu belajar contohnya
dari segi reaksi muka dan sebagainya.” Kata Ashikin. Mereka berbual rancak di Cafe
Siswa.
“Ya
Allah, tiba-tba rasa popularnya aku. Orang yang aku tak kenal datang menegur aku.
Perkara yang mengejutkan aku adalah orang luar sudah mulai mengenali aku
disebabkan oleh drama tersebut. Terasa macam artis pula. Dahulunya aku sendiri,
kini aku semakin dikenali” Bisik Syikin di dalam hati. “Awak jumpa nanti la ye,
saya ada kelas lepas ini” Ashikin meminta izin untuk berlalu pergi.
“Jumpa
lagi ye artis” kata perempuan itu.
Kata-kata
perempuan itu membuatkan Ashikin tersenyum lebar. Kata-kata itu juga menjadi
pembakar semangat kepada Ashikin untuk meneruskan minatnya dalam bidang
lakonan.
**************
TAMAT