Monday, 23 September 2019

REFLEKSI DIRI MINGGU PERTAMA DI USM

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera. 

Hari ini saya akan mengongsikan pengalaman minggu pertama saya sebagai pelajar tahun akhir di USM. Untuk semester terakhir ini saya mengambil tiga subjek major iaitu Analisis Wacana, Psikolinguistik dan Penyelidikan Bahasa Melayu. Dalam refleksi ini saya akan memfokuskan kepada dua subjek Major iaitu Psikolinguistik dan Penyelidikan Bahasa Melayu. 


Video tersebut merupakan esaimen pertama yang saya dapat untuk kelas Psikolinguistik. Saya dan rakan saya daripada Sabah ditugaskan untuk menukar lirik lagu tersebut dan kami diberi tema 'makanan tradisi'. Walaupun perlu menukar lirik lagu namun kami  juga perlu kekalkan melodi asal iaitu lagu Gemuruh daripada Faizal Tahir. Sebenarnya saya sendiri tidak pasti apa kaitan tugasan ini dengan psikoliguistik. Mungkin sebab minggu pertama, masih banyak yang perlu saya pelajari tentang Psikolinguistik. Perkara penting yang saya dapat ketika membuat video ini adalah tidak mudah untuk mencipta lirik lagu dan agak sukar untuk menyesuaikan lirik baru dengan melodi asal. Dengan masa yang terlalu singkat, akhirnya kami berjaya menghasilkan lirik baru yang bertajuk 'Lemang dan Rendang'.

Bagi subjek Penyelidikan Bahasa Melayu, kami ditugaskan untuk mencari maklumat tentang sejarah lisan atau 'oral history'. Kelas HMT 411 ini mengambil masa selama 3 jam. Tiga jam di Makmal Bahasa memang akan tepulah pemikiran saya untuk memikirkan tugasan yang diberi tetapi tidak mengapa ilmu itu luas dan tidak kira masa. Apa itu sejarah lisan? Sejarah lisan adalah satu kaedah di mana kenangan-kenangan seseorang tokoh yang dirakamkan secara wawancara. Tokoh-tokoh yang dipilih biasanya terdiri daripada mereka yang dapat menyumbang maklumat bersejarah dari penglibatan dan pengalaman diri mereka sendiri atau oleh kerana perhubungan mereka secara langsung dengan watak, masa atau peristiswa tertentu. Maklumat yang diperolehi dari wawancara tersebut kemudiannya disalin dan salinan itu disemak dan ditaip dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan penyelidikan.

Oleh itu, dengan maklumat yang sedia ada ini, kami diberikan tugasan oleh pensyarah iaitu mencari seorang tokoh di USM untuk diwawancara. Jadi, untuk melihat hasilnya, kita akan jumpa semula untuk minggu yang kedua.

Sekian terima kasih. 




No comments:

Post a Comment

REFEKSI DIRI MINGGU KEDUA DI USM

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera. Hari ini saya akan mengongsikan pengalaman saya di USM pada minggu yang kedua. SUBJEK PSIKO...